pelik kan...mesti terfikir-fikir apa maksud title nie..pada mulanya aku pun sama juga.. dah pesimis dah..apa maksud nya tu..d alam fikiran aku adalah tentang pejuang tanah air yang telah terkorban di medan peperangan..hahaha..teruk betul la.. tu lah orang kata...Don't judge the book by its cover..sebenarnya title tu adalah tajuk buku yang aku jumpa kat library tadi..mulanya aku berura-ura nak cari novel..dalam belek membelek tu ternampak pulak buku novel yang nie.. dengan spontannya aku ambik buku tu dan baca sinopsis dengan penuh tanda tanya..PAPA tu buat aku tertarik tetapi (akhirnya kau tewas jua!) membuatkan aku terhenti sejenak..nak baca ke tak..pelik jer tajuk tu..tapi curiousity aku nie tinggi ler jugak..jadi aku baca..baca ending terus...bila dah baca part tu aku terus pinjam..seronok la pulak cerita tu..tak mengena langsung dengan apa yang aku fikir tadi..
ceritanya berkisar tentang kekeluargaan..bagaimana seorang ayah menghadapi kehidupannya yang sangat bahagia bersama puteri tunggalnya dan isterinya yang tercinta. family diorang nie sangat bahagia tetapi menjadi sedikut suram setelah isterinya koma kerana menghadapi komplikasi melahirkan anak kembar siam yang akhirnya meninggal dunia sebelum sempat mengenal dunia dan keluarganya..kehadirannya ditunggu dengan penuh harapan tetapi pemergiannya ditangisi dengan redha..
Tapi sudut pandangan pertama dalam kisah ni ialah dari perspektif anaknya. lebih kepada anaknya yang menjadi watak utama yang menceritakan segalanya. ayahnya seorang yang sangat tabah..dia tak pernah menitiskan air mata sekalipun ibu dan ayahnya meninggal dunia. di saat isterinya koma dan anak yang tidak sempat melihat dunia juga meninggal dunia. ayah tetap dengan ketabahannya. dari sinilah bermulanya kisah-kisah yang sangat menarik...panjang sangat nak ceritanya..tapi memang sangat menarik cerita nie.. dan nak tahu apa sebabnya ia diberi tajuk tu??...
sebabnya...Papa seorang yang sangat tabah dan tidak pernah menitiskan air matanya walau sekalipun kerana...Papa kan seorang lelaki...Lelaki tidak boleh menangis...namun begitu...Papa melanggar prinsipnya dan menitiskan air mata lelakinya demi seorang wanita yang sangat dia kasihi dan cintai setulus hati...iaitu...Mama... Mama meninggal dunia setelah tersedar daripada komanya yang panjang setelah mendapat tahu bahawa Papa telah menikah baru.. memang la marah kan bila baca..tapi setelah baca cerita nie..kita akan memahami segala-gala jalan ceritanya.....memang cerita ni sangat2 menark perhatian aku kerana ianya berkisarkan sebuah keluarga yang sangat2 bahagia..ada ker family yang benar2 bahagia sebegitu sekarang nie?...hurm....
PERINGATAN!
:OH YA!!! AKU BUKAN NYA NAK MEMPROMOSIKAN BUKU NIE.. TAPI AKU NAK BERKONGSI RASA TENTANG PEMBACAAN AKU TADI..TU JER..JANGAN SALAH FAHAM PULA ERK.. TAPI..APA SALAHNYA KALAU KORANG BACA JUGAK....EHEHE...;-P AKU BUKAN PENERBIT ATAU PENULIS BUKU NIE JADI AKU X DA APA2 MANFAAT PUN..CUMA NAK MELUAHKAN APA YANG AKU DAH BACA TADI..MASIH TERBAWA-BAWA OLEH CERITA TU TADI....=( SEDIHNYER...